Followers

Tuesday, March 10, 2009

Makaroni goreng pedas

Mood nk meng'post' teramatla malas....hmm......ni menu tengahari anis n en hb ari sabtu lepas....malas nk masak nasi...sumenye malaassss.......aduhhh......

Jom layan resepi.....



Makaroni Goreng Pedas

Bahan2: ( 2-3 orang makan)

200 g makaroni
5 batang kacang buncis (hiris)
1 batang lobak merah (hiris)
100 g ayam ( potong dadu)
1 sb kicap cair
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
sedikit garam


Bhn kisar:

5 tangkai cili kering
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit udang kering


Cara2:

1. Rebus makaroni hingga lembut. Toskan dan gaul dengan minyak zaitun. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan sos tomato, kicap cair, dan sos tiram. Tuangkan sedikit air. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan ayam, kacang buncis, lobak merah dan garam. Masukkan makaroni dan kacau hingga rata. Rasakan. Siap. Boleh dihidang dan ditabur dengan daun sup, sedikit parutan keju dan bawang goreng.

2 comments:

Unknown said...

salam anis.

kakchik memang suka makaroni goreng pedas ni. tengok resepi anis pun senang je. tadi makan nasi semangkuk je, bila tengok gambar tu perut rasa macam keroncong balik.

Annyssophellia said...

aah..senang je..leh campak2...