Semalam xsempat nak update blog..harini baru la lapang skit..sila tahan napsu ye...
Kuih koci beli kat kedai...mne sempat nk buat...
Acar Mentah
BAHAN-BAHAN :-)
1 biji timun
1 biji lobak merah
1-2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam
2 - 3 camca besar cuka makan
CARA MEMBUATNYA :-)
1 biji timun
1 biji lobak merah
1-2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam
2 - 3 camca besar cuka makan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Timun dicuci bersih, dan potong nipis, begitu juga dengan lobak merah, cili merah dan bawang besar. Masukkan ke dalam satu bekas.
- Masukkan bahan2 lain dan gaul hingga rata. Sesuai kan rasa dan tambah apa yang perlu. Hidangkan segera.
Nasi Tomato
Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras (lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Cara membuatnya:-
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras (lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Cara membuatnya:-
- Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
- Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
- Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
- Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....
Ayam Karkur
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
5 camca besar rempah kurma
2 camca besar rempah kari daging
3 camca besar pes tomato puri
2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
2 batang serai, dititik
2 cawan santan
Air, jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh rempah kari, rempah kurma, cili kisar dan tomato puri dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga harum.
- Masukkan pes rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam kecut. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan kentang.
- Masak hingga kentang empuk (kalau perlu tambah sedikit air), tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili sebagai hiasan sebelum dihidangkan.