Followers

Sunday, March 25, 2012

Masak lemak petola n udang...



BAHAN-BAHAN

2 biji petola (siap dibersihkan)
2 ulas bawang merah
Sebatang serai - dititk
Sedikit serbuk kunyit
6 ekor udang (siap dibersihkan)
Garam secukup rasa
1 cawan santan pekat
Sedikit ikan bilis sebagai perencah



CARA-CARA

  1. Tumbuk bawang merah hingga lumat. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis dan ditumbuk sedikit sahaja - untuk pecah2kan saja.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Dan titik serai dalam lesung yang sama.
  3. Masukkan petola ke dalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumbuk.
  4. Kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air hingga ke paras petola.
  5. Renehkan di atas api sederhana. Masukkan udang. Tambah perasa (garam @ MSG) jika perlu. Siap untuk dihidangkan...