Followers

Friday, December 7, 2012

Lemak putih jantung pisang hutan


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji jantung pisang hutan
  • 1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)
  • 7 tangkai cili padi-ditumbuk
  • 1 labu bawang besar -ditumbuk
  • 3 biji bawang merah -ditumbuk
  • seketul belacan
  • segenggam ikan bilis -ditumbuk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam. Dibersihkan dan tos.Direbus hingga lembut utk buang getahnya.
  2. Bahan tumbuk dimasukkan dalam periuk serta jantung pisang dan santan cair. Jerang di atas api sambil dikacau.
  3. Hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, garam dan kacau supaya tidak berketul.
  4. Siap dihidangkan dengan nasi lauk ikan goreng panas-panas...sedap...

Thursday, December 6, 2012

Tumis daun bawang putih dan udang



Bahan-bahannya
 
1/2 kg daun bawang putih-dipotong selebar 3cm
1 biji bawang besar-ditumbuk
3 ulas bawang putih-ditumbuk
5 biji cili padi-ditumbuk
1/2 biji lobak masin-dihiris
beberapa ekor udang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk cukup rasa
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA-CARA:
  • Tumiskanbahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan lobak masin serta serbuk cukup rasa.
  • Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
  • Bubuh garam secukup rasa.
  • Kemudian dimasukkan pulak daun bawang putih.
  • Masukkan sos ikan dan kacau rata.
  • Boleh dihidangkan.

Wednesday, December 5, 2012

Bendi tumis sos tiram

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2 ikat kacang bendi (dibasuh terlebih dahulu, kemudian dihiris)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ikan bilis (ditumbuk)
  • sedikit sos tiram
  • 1 biji cili merah (ditumbuk)
  • sedikit kicap manis

Cara-cara

  1. Panaskan sedukit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau.
  2. Masukkan bendi, sos tiram dan kicap. Boleh tambah sedikit air jika perlu. Kacau sehingga masak.
  3. Hidangkan panas-panas.