Followers

Wednesday, December 26, 2012

Udang & daun selasih buttermilk


Bahan-bahan ( Untuk 4-5 org )

  • 7-8 ekor udang galah (dicuci bersih)
  • 1 tin susu creamer sejat / evaporated creamer
  • 1/2 buku butter(buttercup)
  • Beberapa helai daun selasih
  • Cili padi (dihiris & ikut suka byknya) 
  • Sedikit parmesan cheese
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali pas2 masukkan butter tadi. Tunggu hingga cair pas2 masukkan udang dan digoreng sekejap untuk meresap butter ke udang.
  2. Selepas tu baru masukkan susu creamer, cili padi, daun selasih, cheese dan garam secukup rasa... Tunggu hingga mendidih pastu masukkan udang yg digoreng tadi... Tunggu hingga pekat barulah ditutup apinya... Sedia untuk dihidang....

Tuesday, December 25, 2012

Terung tumis belacan

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 3-4 biji terung (dibasuh terlebih dahulu, kemudian dihiris)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ikan bilis (ditumbuk)
  • 1 biji cili merah (ditumbuk)
  • sedikit belacan (ditumbuk)
  • sedikit cukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan sedukit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau.
  2. Masukkan terung dan cukup rasa. Boleh tambah sedikit air jika perlu. Kacau sehingga masak.
  3. Hidangkan panas-panas.

Monday, December 24, 2012

Chicken buttermilk


Bahan-bahan ( Untuk 5-6 org.. )

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka & dicuci bersih)
  • 1 tin button mushroom (dihiris)
  • 1 tin susu creamer sejat / evaporated creamer
  • 1 buku butter
  • Beberapa helai daun kari
  • Cili padi (dihiris ikut suka byknya)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan Susu Manis + dgn air secawan

Cara-cara

  1. Mula-mula ayam diperap dengan garam secukup rasa dan sedikit halia dlm stengah jam. Lalu digoreng dgn tepung (tapi jgn overcook). Setelah siap ketepikan dulu...
  2. Panaskan kuali pas2 masukkan butter tadi. Tunggu hingga cair pas2 baru masukkan susu creamer, susu manis yg dicampur air, cili padi, daun kari dan garam secukup rasa... Tunggu hingga mendidih pastu masukkan ayam yg digorang tadi... Tunggu hingga pekat barulah ditutup apinya... Sedia untuk dihidang....