Followers

Wednesday, February 15, 2012

IKAN PATIN MASAK SAMBAL



IKAN PATIN MASAK SAMBAL


BAHAN-BAHANNYA :-)


5 keping ikan patin, cuci bersih dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air sedikit


BAHAN KISAR HALUS :-)

7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 inci halia


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan patin yg sudah dicuci, digaul dgn garam n kunyit dan digoreng hingga agak garing.Tepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan secubit garam dan tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air sedikit, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan patin yg sudah digoreng, kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sedia dihidang.