Followers

Showing posts with label bile masuk dapur. Show all posts
Showing posts with label bile masuk dapur. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Happy diwali

Happy diwali to all Hindu friends...

Cuti2 ni, sejuk plak tu..smlm tido siap pki stokin...huhu..

Hari ni terajin plak nk wat homemade chicken chop, homemade whipped potato n coselow..

Sbnrnye nk buat smlm, smlm arijadi mak...tp dh smlm ujan sedap mentido la msg2..pastu nk Cari brg nk msk pkl 8pm..xde sempat nk buatnye...hehe

Lupe nk wish..HAPPY BIRTHDAY MAK...we all love u mak...

Jemput makan..

Thursday, July 11, 2013

Menu iftar semalam nasi tomato, ayam karkur, acar mentah...

Semalam xsempat nak update blog..harini baru la lapang skit..sila tahan napsu ye... 


Kuih koci beli kat kedai...mne sempat nk buat...



Acar Mentah

BAHAN-BAHAN :-)
1 biji timun
1 biji lobak merah
1-2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam
2 - 3 camca besar cuka makan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dicuci bersih, dan potong nipis, begitu juga dengan lobak merah, cili merah dan bawang besar. Masukkan ke dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan2 lain dan gaul hingga rata. Sesuai kan rasa dan tambah apa yang perlu. Hidangkan segera.


Nasi Tomato

Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus 
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)

Air, ikut sukatan beras (lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....


Ayam Karkur

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
5 camca besar rempah kurma
2 camca besar rempah kari daging
3 camca besar pes tomato puri
2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
2 batang serai, dititik
2 cawan santan
Air, jika perlu
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari, rempah kurma, cili kisar dan tomato puri dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga harum. 
  2. Masukkan pes rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam kecut. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan kentang. 
  3. Masak hingga kentang empuk (kalau perlu tambah sedikit air), tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

Tuesday, July 9, 2013

Terjebak dengan fenomena Cheesekut..

Haaaa....anis pon dh terjebak dengan fenomena cheesekut ni...tengok org buat nmpk sedap n senang...xpayah bakar2..or kukus2...pkul 1pg pon sanggup buat kalo dh excited..

jom try.. 


BAHAN:
1) 1 paket biskut Deluxe Cracker (anis guna hup seng cream cracker sbb xjumpe deluxe cracker)
2) 250 g cream cheese (anis guna tatura)
3) 1/2 tin susu pekat (bergantung pada manis yang korang nak)
4) 3-4 sudu susu fresh milk
5) serbuk coklat
6)nestum
7)coklat urai sbg hiasan




CARA MEMBUATNYA:
1) Pukul 250 g cream cheese tersebut menggunakan mixer atau blender (anis guna blender je)..anis terus blender sekali dengan 1/2 tin susu cair...(senang sekali jalan)
2) Blend sampai kembang dan tukar warna sikit..

3) Lepas tu ambik biskut celup sekejap je dalam susu fresh milk tadi dan susun kat dalam bekas..jangan lupa 1st layer tu letak biskut dulu tau..

 4) Barula lapiskan biskut tadi dengan cream cheese secara nipis2..pastu tabur dengan nestum n serbuk coklat..

5) Ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis cream cheese...

6)DAh siap..hiasla ikut kreativiti sendiri..anis tabur coklat urai n gula warna warni bentuk love tuh... 



Haaa...ni model xberbayar yang dah xsabar nak makan...heeee

Monday, February 25, 2013

Lobster parit...

Walaupon paritnye hitam..tapi ade lobster di dalamnye...ape punye bidalan la....

Ni la lobster parit, kaler die pon hitam mcm airnye...dah name pon air hitam....airnye misti la hitam...hehe..ari tu mase hantar Syameel blk kg, adik2 anis mancing dpt plak lobster....mmg musim die..tapi daging die xde la sedap sgt mcm udang galah ke rimau ke...biase je...tp sebab name pon lobster kalo beli mahal woooo.....ni pon anis makan sorang je..en somi x suke, die kate xsedap...gooddddddd....bole i mkn sorang.....

Anis goreng je..letak perasa n kunyit je....xmakan dgn nasi pon..ratah cmtu je......kulit die punye la keras..tp xde la keras tahap nk mkn kene pakai penyepit ketam tuh....cume kulit die keras skit dpd udang galah....



Adik2 anis mmg kaki mancing....seronokla kakak die bw balik ole-ole kalo blk kg...


Sunday, February 24, 2013

Instant cheesecake

Haha ini org panggil resepi derhaka atau instant tahap melampau....sebenarnye anis nk wat cam kak Hana ni...tapi memandang kemalasan lg berganda2 tahap gaban...so kite pendekkan dgn membeli kek span readymade....hehe murah je..RM2.99...yg lelain tu anis alter sendiri je.....ikut rase tekak....



 Ni bahan2 nye :
Kek span beli punye
Susu pekat
Cheddar cheese block
cream cheese
Choc emulco
sedikit gula hiasan colorful




1. Memula potong tengah kek. Pastu pukul cream cheese dgn susu pekat. Bahagi kepada 3 bhgn.Ambil 1/3 bhgn n campurkan sikit choc emulco.Sapu kat lapisan yang dah potong tadi.Lapik balik kek yang separuh tadi.
2. Ambil 2/3 bhgn cream cheese yg lebih tadi curahkan atas kek..ratakan...parutkan cheddar block secukup rasa..Pastu hiasala dgn gula hiasan colorful tu.
3. Masukkan peti sekejap dan bolehla dihidang...Senangkan....
 



Wednesday, December 26, 2012

Udang & daun selasih buttermilk


Bahan-bahan ( Untuk 4-5 org )

  • 7-8 ekor udang galah (dicuci bersih)
  • 1 tin susu creamer sejat / evaporated creamer
  • 1/2 buku butter(buttercup)
  • Beberapa helai daun selasih
  • Cili padi (dihiris & ikut suka byknya) 
  • Sedikit parmesan cheese
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali pas2 masukkan butter tadi. Tunggu hingga cair pas2 masukkan udang dan digoreng sekejap untuk meresap butter ke udang.
  2. Selepas tu baru masukkan susu creamer, cili padi, daun selasih, cheese dan garam secukup rasa... Tunggu hingga mendidih pastu masukkan udang yg digoreng tadi... Tunggu hingga pekat barulah ditutup apinya... Sedia untuk dihidang....

Tuesday, December 25, 2012

Terung tumis belacan

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 3-4 biji terung (dibasuh terlebih dahulu, kemudian dihiris)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ikan bilis (ditumbuk)
  • 1 biji cili merah (ditumbuk)
  • sedikit belacan (ditumbuk)
  • sedikit cukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan sedukit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau.
  2. Masukkan terung dan cukup rasa. Boleh tambah sedikit air jika perlu. Kacau sehingga masak.
  3. Hidangkan panas-panas.

Monday, December 24, 2012

Chicken buttermilk


Bahan-bahan ( Untuk 5-6 org.. )

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka & dicuci bersih)
  • 1 tin button mushroom (dihiris)
  • 1 tin susu creamer sejat / evaporated creamer
  • 1 buku butter
  • Beberapa helai daun kari
  • Cili padi (dihiris ikut suka byknya)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan Susu Manis + dgn air secawan

Cara-cara

  1. Mula-mula ayam diperap dengan garam secukup rasa dan sedikit halia dlm stengah jam. Lalu digoreng dgn tepung (tapi jgn overcook). Setelah siap ketepikan dulu...
  2. Panaskan kuali pas2 masukkan butter tadi. Tunggu hingga cair pas2 baru masukkan susu creamer, susu manis yg dicampur air, cili padi, daun kari dan garam secukup rasa... Tunggu hingga mendidih pastu masukkan ayam yg digorang tadi... Tunggu hingga pekat barulah ditutup apinya... Sedia untuk dihidang....

Friday, December 7, 2012

Lemak putih jantung pisang hutan


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji jantung pisang hutan
  • 1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)
  • 7 tangkai cili padi-ditumbuk
  • 1 labu bawang besar -ditumbuk
  • 3 biji bawang merah -ditumbuk
  • seketul belacan
  • segenggam ikan bilis -ditumbuk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam. Dibersihkan dan tos.Direbus hingga lembut utk buang getahnya.
  2. Bahan tumbuk dimasukkan dalam periuk serta jantung pisang dan santan cair. Jerang di atas api sambil dikacau.
  3. Hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, garam dan kacau supaya tidak berketul.
  4. Siap dihidangkan dengan nasi lauk ikan goreng panas-panas...sedap...

Thursday, December 6, 2012

Tumis daun bawang putih dan udang



Bahan-bahannya
 
1/2 kg daun bawang putih-dipotong selebar 3cm
1 biji bawang besar-ditumbuk
3 ulas bawang putih-ditumbuk
5 biji cili padi-ditumbuk
1/2 biji lobak masin-dihiris
beberapa ekor udang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk cukup rasa
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA-CARA:
  • Tumiskanbahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan lobak masin serta serbuk cukup rasa.
  • Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
  • Bubuh garam secukup rasa.
  • Kemudian dimasukkan pulak daun bawang putih.
  • Masukkan sos ikan dan kacau rata.
  • Boleh dihidangkan.

Wednesday, December 5, 2012

Bendi tumis sos tiram

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2 ikat kacang bendi (dibasuh terlebih dahulu, kemudian dihiris)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ikan bilis (ditumbuk)
  • sedikit sos tiram
  • 1 biji cili merah (ditumbuk)
  • sedikit kicap manis

Cara-cara

  1. Panaskan sedukit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau.
  2. Masukkan bendi, sos tiram dan kicap. Boleh tambah sedikit air jika perlu. Kacau sehingga masak.
  3. Hidangkan panas-panas.

Tuesday, December 4, 2012

Ayam belado

 

 AYAM BELADO

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1 kilo ayam-dibersihkan dan di goreng dgn garam dan kunyit.
  • 15 biji lada merah-kisar jgn terlalu halus
  • 1 biji bwg besar*
  • 7 ulas bwg putih*
  • 2 batang serai-dititik 
  •  beberapa biji limau kasturi agak2 dlm 7-8 biji klu kurang masamnya tambah lg-diperah airnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm kuali,tumiskan bhn2*dan serai hgga wangi sikit lalu masukkan lada merah kisar tumis lg hgga msk dn wangi.
  2. Masukkan grm dan gula secukup rasa lalu masukkan perahan limau kasturi,klu nk masukkan buah nya sekali pon boleh lg wangi,kacau rata dan masukkan ayam goreng golek2kan,dah pon siap.Sedap di mkn dgn nasi panas2...

Saturday, December 1, 2012

Tauhu pok sumbat n goreng





TAUHU POK SUMBAT N GORENG


BAHAN-BAHAN INTI :

Udang
Sotong
Daun bawang
Daun sup
Seleri
Tauhu
Seaweed Tofu
(Semua bhn diatas dicincang halus )
Garam
Cukup rasa
Serbuk lada putih


 
Dah siap cincang campurkan semua bahan..Jadila mcm yg diatas ni...




 Amik tauhu pok ni potong bentuk tambah k tgh2...pastu keluarkan isi2 die cmpr k bhn cincang td...kulit die terbalikkn smpi jd mcm kelopak bunga...


Macam ni...


Pastu habiskan la 1peket tu..kalo x membazir je...kan amalan syaiton tuh....


Pastu isikan inti td kt tgh kelopak bunga tuh...habiskan....


Goreng n sedia dimakan...letak la sos bg lg sedap.....selamat mencuba....

Rendang daging rabbit

 RENDANG DAGING RABBIT

 

Bahan-bahan ( 7 - 8 org )

  • 1 kg daging rabbit
  • 1 biji kelapa, diparut(anis guna santan kotak)
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus 
  •  2 asam keping
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar gula Melaka(anis guna gula pasir je)
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis 

  • BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. Daging dibersihkan dan potong menjadi kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus. Masak hingga harum dan pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit garam dan diikuti daging. Gaul daging hingga sebati dgn rempah dan masak hingga daging agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
  4. Kemudian masukkan santan pekat dan asam keping, masak hingga daging empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan..

Sambal kupang n lokan



SAMBAL KUPANG N LOKAN

BAHAN-BAHANNYA :-)

 2kg lokan n kupang, cuci bersih dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air sedikit


BAHAN KISAR HALUS :-)

7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 inci halia


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan secubit garam dan tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air sedikit, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan lokan n kupang yang sudah dibersihkan, kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sedia dihidang.

Wednesday, March 28, 2012

Chicken stew n vegetables


BAHAN2: (8-10 org)

1 inci halia
10-15 tangkai cili kering (anis letak skit je)
8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
satu set lengkap rempah tumis
1 sk oregano (optional) (anis guna rempah italian)
1 tin kecil tomato puree
1/2 botol kecil sos tomato
3 liter air
1/2 kg ayam (potong kecil dan rebus dahulu. Ketepikan bersama stoknya sekali)
1 sdb tepung jagung (bancuh bersama sedikit air)
2 biji carrot (potong segiempat tepat)
7 biji kentang (potong 4 menegak dan goreng)(anis xletak pon)
Kobis bunga 
Broccoli
  • P/S: Jika tak ada tomato puree, masukkan saja 1 botol kecil tomato sos sebagai gantinya.

 CARA2:

  1. Kisar halia, cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumis bahan ini bersama rempah tumis sehingga garing.
  2. Masukkan pula ayam bersama-sama air stoknya sekali. Kemudian, tambahkan lagi air (3liter).
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan tomato puree& tomato sos. Kacau.
  4. Masuk pula garam, serbuk perisa (jika suka), kobis bunga, broccoli dan carrot.
  5. Bila kobis & carrot sudah separuh masak, masukkan air campuran tepung jagung.
  6. Akhir sekali masukkan kentang goreng.
  7. Kacau sedikit dan matikan api. Boleh dihidang bersama garlic bread atau apa-apa jua hidangan bersesuaian.

Tuesday, March 27, 2012

Puding kastard berkuah....

Haaa..ni gara2 tgk kat rumah Intan la ni....die wat majlis tuk anak buah die......tp ni anis wat version paling senang.....



PUDING KASTARD

BAHAN2:

1 cawan tepung kastard (ayak)
2 cawan air
3/4 cawan gula
sikit pewarna


CARA:

1. Campurkan bahan2 tu dan masak atas api sampai likat. Bila dah likat bolehla kalerkan ikut suka.masukkan dalam bekas dan masukkan dlm peti ais setelah sejuk.



Potong puding kastard dan hiaslah dengan jeli n kismis...ikut suka la nak letak ape2...buah pon bole....janji boleh makan.....



BAHAN KUAH:

1/2 tin susu cair
2 sb tepung kastard
5 sudu gula

CARA:

1. Masakkan semua bahan hingga betul2 semuanya larut....sejukkan n boleh curah kat atas puding n siap dimakan.....

Monday, March 26, 2012

Burung puyuh goreng berempah.....


Ni resepi senang je....gaul burung puyuh dgn garam, cukup rasa, tepung goreng ayam, serbuk kunyit, jintan putih*, ketumbar*, bwg putih* (*ditumbuk kasar) pastu goreng dlm minyak panas....sedap mkn dgn nasi panas tp lagi sedap kalo makan ratah camtu je.........

nyummmmm.....

Sunday, March 25, 2012

Masak lemak petola n udang...



BAHAN-BAHAN

2 biji petola (siap dibersihkan)
2 ulas bawang merah
Sebatang serai - dititk
Sedikit serbuk kunyit
6 ekor udang (siap dibersihkan)
Garam secukup rasa
1 cawan santan pekat
Sedikit ikan bilis sebagai perencah



CARA-CARA

  1. Tumbuk bawang merah hingga lumat. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis dan ditumbuk sedikit sahaja - untuk pecah2kan saja.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Dan titik serai dalam lesung yang sama.
  3. Masukkan petola ke dalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumbuk.
  4. Kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air hingga ke paras petola.
  5. Renehkan di atas api sederhana. Masukkan udang. Tambah perasa (garam @ MSG) jika perlu. Siap untuk dihidangkan...

Lokan n kupang rebus....

Tgk gambar ni pon dh terliur nk mkn lg......ni anis beli mase on the way balik dr Muar ke KL....lalu Lebuh AMJ....lepas traffic light masuk simpang ke Bkt Katil Melaka tu tepi jalan ade org jual lokan, kupang n siput sedut....anis beli kupang n lokan je....lagipon anis makan sorang je....my hubby xmkn mkanan laut mcm ni kecuali lala....ngengada kan....



Anis rebus camtu jer...letak air.....tapi rase die manis n fresh.....br naik laut agaknye...lenkali kalo blk ke KL nak beli lagila.....tp salunye susah nk dpt sbb kalo blk ke KL misti mlm...mlm kedai tu dh tutupp.....Lokan sekilo RM8, kupang plak sekilo RM6,,,,mmg murah n paling penting freshhhhhh.....