1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)
7 tangkai cili padi-ditumbuk
1 labu bawang besar -ditumbuk
3 biji bawang merah -ditumbuk
seketul belacan
segenggam ikan bilis -ditumbuk
garam secukup rasa
Cara-cara
Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya
sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam. Dibersihkan
dan tos.Direbus hingga lembut utk buang getahnya.
Bahan tumbuk dimasukkan dalam periuk serta jantung
pisang dan santan cair. Jerang di atas api sambil dikacau.
Hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, garam dan kacau supaya tidak berketul.
Siap dihidangkan dengan nasi lauk ikan goreng panas-panas...sedap...
No comments:
Post a Comment