Followers

Thursday, July 11, 2013

Menu iftar semalam nasi tomato, ayam karkur, acar mentah...

Semalam xsempat nak update blog..harini baru la lapang skit..sila tahan napsu ye... 


Kuih koci beli kat kedai...mne sempat nk buat...



Acar Mentah

BAHAN-BAHAN :-)
1 biji timun
1 biji lobak merah
1-2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam
2 - 3 camca besar cuka makan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dicuci bersih, dan potong nipis, begitu juga dengan lobak merah, cili merah dan bawang besar. Masukkan ke dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan2 lain dan gaul hingga rata. Sesuai kan rasa dan tambah apa yang perlu. Hidangkan segera.


Nasi Tomato

Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus 
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)

Air, ikut sukatan beras (lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....


Ayam Karkur

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
5 camca besar rempah kurma
2 camca besar rempah kari daging
3 camca besar pes tomato puri
2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
2 batang serai, dititik
2 cawan santan
Air, jika perlu
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari, rempah kurma, cili kisar dan tomato puri dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga harum. 
  2. Masukkan pes rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam kecut. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan kentang. 
  3. Masak hingga kentang empuk (kalau perlu tambah sedikit air), tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan....

Selamat datang Ramadhan...moga kita diberi peluang menunaikan puasa penuh tahun ini...Aminnn... 

Selamat berpuasa esok...jangan lupe baca niat... 



Terjebak dengan fenomena Cheesekut..

Haaaa....anis pon dh terjebak dengan fenomena cheesekut ni...tengok org buat nmpk sedap n senang...xpayah bakar2..or kukus2...pkul 1pg pon sanggup buat kalo dh excited..

jom try.. 


BAHAN:
1) 1 paket biskut Deluxe Cracker (anis guna hup seng cream cracker sbb xjumpe deluxe cracker)
2) 250 g cream cheese (anis guna tatura)
3) 1/2 tin susu pekat (bergantung pada manis yang korang nak)
4) 3-4 sudu susu fresh milk
5) serbuk coklat
6)nestum
7)coklat urai sbg hiasan




CARA MEMBUATNYA:
1) Pukul 250 g cream cheese tersebut menggunakan mixer atau blender (anis guna blender je)..anis terus blender sekali dengan 1/2 tin susu cair...(senang sekali jalan)
2) Blend sampai kembang dan tukar warna sikit..

3) Lepas tu ambik biskut celup sekejap je dalam susu fresh milk tadi dan susun kat dalam bekas..jangan lupa 1st layer tu letak biskut dulu tau..

 4) Barula lapiskan biskut tadi dengan cream cheese secara nipis2..pastu tabur dengan nestum n serbuk coklat..

5) Ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis cream cheese...

6)DAh siap..hiasla ikut kreativiti sendiri..anis tabur coklat urai n gula warna warni bentuk love tuh... 



Haaa...ni model xberbayar yang dah xsabar nak makan...heeee

Thursday, July 4, 2013

Cek up Aleesya 3bulan..

Pagi tadi Aleesya ade cek up k KKIA..anis gi KKIA Gombak Setia...pg2 dh bgn,settlekn brg aleesya..siap2 pastu kul 7.40pg gerak dr rmh..smpi sane 7.55pg..tgk2 dh rmi org..dpt no 13..adoiii masakla tggu ni...jgn Aleesya ngamuk sudahhh...

Aleesya 1jam pertama behave je..lps tu dh boring n ngantuk mula buat perangai...mane nk cari buai nak oiii k klinik ni...lenguh gak la kaki mama bw aleesya round 1 klinik bg tenang skit...last2 die menjerit mcm org lepas geramm...sume pandang k anis...adoi Leesya wat malu je..suara nyaring plak tu..nurse siap tegur "amboi kuat nye suara die"....bg milk pastu die ok n tertido lps puas gelak2 dgn org sebelah yg tggu turn xsmpi2...

Smpi je turn jmpe nurse Aleesya bangun...nasib baik sume ok...3bln ade jab..Aleesya nangis sekejap je mse kene jab tuh...good girl ank mama ni...kuatkn...balik rmh dlm kul 10.15pg..lps papa hntr blk, die trus gi keje...Aleesya smpi je trus masuk buai, ape lagi mentido la dh dpt sarang die...

Saje buat ni untuk simpanan perkembangan Aleesya

Cek up 1bulan:
Berat: 3.2kg
Pjg: 52cm
Kepala: 35cm
Jab: 30/4/2013

Cek up 2bulan:
Berat: 3.8kg
Pjg: 56cm
Kepala: 38cm
Jab: 3/6/2013

Cek up 3bulan:
Berat: 4.7kg
Pjg: 59cm
Kepala: 40cm
Jab: 4/7/2013




Monday, July 1, 2013

Contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

Mood rase nak join contest, manetau ade luck..try je la..hadiah pon best2...

11. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com -DONE
12. Anda harus masukkan gambar banner contest.-DONE


13. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.-DONE


mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com

NAMA PENUH IBU : NORANIZA BT MOHD BADRON
NAMA PENUH ANAK : SYAMEEL AQMAL BT SUHAILI
UMUR ANAK : 3 TAHUN
14. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"-DONE
15. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.-DONE

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.
1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

 SAYA PILIH 4.TOYS STORAGE (POOH)
Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.
16. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.-DONE
17. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.-DONE
18. Hanya akan ada 2pemenang dan 8orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.
19. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.
19. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.
20. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).
21. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.-DONE
23. Dibawah gambar banner samaada difacebook atau di blog,sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.-DONE
22. LETAK SEKALI TARIKH MULA CONTEST DAN TARIKH TUTUP CONTEST YE.

Contest bermula
12.6.2013 hingga 7.7.2013.