Followers

Wednesday, May 18, 2011

Kuew tiau kungfu....jom kiter berkungfu...

Ni entry sudah lamer baru perasan xlepas xpost dalam blog.....jom kite berkungfu....




Kuew tiau kungfu

Bahan2 (4org) : (anis buat utk 2 org)

  • Sebungkus kuew tiau
  • 4 biji telur
  • 200g isi ayam dipotong kiub
  • 12 ekor udang sederhana besar
  • 200g sotong dipotong nipis
  • 4 sb minyak bijan
  • 3 sb kicap pekat (anis gune sos tiram)
  • 5 ulas Bawang putih (diketuk)
  • Sedikit lobak merah
  • Sedikit kobis
  • Sedikit jagung muda
  • 3 camb tepung jagung
  • Lada sulah
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1.5 liter air
  • bahan perasa

Cara2 :

  1. Panaskan minyak masak dan masukkan telur dan kuew tiau.Goreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, sotong, udang dan juga air. Biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran
  5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air.
  6. Masukkan lada sulah, minyak bijan, sos tiram, bahan perasa dan bancuhan tepung jagung. Perlahankan api.
  7. Tuangkan kuah diatas kuew tiau goreng tadi.Siap untuk dihidang.




No comments: