Followers

Wednesday, March 18, 2009

Is it true Ribena ada kandungan arak..???



LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.


Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.


Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.


Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.


Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan.


'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi


Anis dpt dr email.....mari kita renungkan...betul ke tidak.....

Monday, March 16, 2009

Award Dr K Inahar...

Dapat award dr K Inahar...tq kak...rajinnye bg award k anis ni....


Tuesday, March 10, 2009

Mee Bandung Muo...

Dah lame dah cari mee bandung yg seperti kg asal ku...mmg susah nk cari...kalo k KL die nye mee bandung mcm mee lada....hmm.....akhirnye jumpe gak.....rase die sebijik sejiban cam k Muo tu......rupe mmg xde tp rase die mmg marvelous....anis ambil k rumah K Hana.... Kak, anis copy ye.....


kepada K Hana....selamat bercuti ke Mesia....semoga selamat pergi n pulang....




Mee Bandung Muo


Bahan-bahan:


1 peket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong potong ring - jika suka. (anis xletak)
50g udang kering ( blend )
1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering- leh tmbh jika nk pedas
suku cwn kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering utk memekatkan kuah.
4 biji telur
sawi
tauhu goreng.
bawang goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging (anis ganti dengan air+kiub ayam)
Gula
Garam
hirisan daging (anis ganti dgn ayam)
limau kasturi / limau nipis


Cara-cara:


1. Celur mee kuning.
2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,kacang dan udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.*rasa mee bandung manis2 pedas.
4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.