Friday, February 27, 2009
Award lagi
Thursday, February 26, 2009
Tag from Weed...
Outer
Inner
2. Introduce your wallet brand, price and where you bought it.
Wallet Brand: Anna Sui (imitation)
Price: RM 30++ (xigtla)
Where you bought: Downtown Setapak
Wednesday, February 25, 2009
Donut Persona...
Donut Persona
Bahan2:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula halus
11 gm (1 paket) yis mauripan
2 sudu besar air suam
3/4 cawan susu cair
1 biji telor
3 sudu besar marjerin (suhu bilik)
1/2 sudu kecil garam
1 titik esen vanila (anis x letak pun)
1 titik esen ros (x letak jugak)
1 1/4 sudu teh pelembut Bio Bostan (*anis x letak pon)
Cara2:
1. Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, dan garam.
3. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
4. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian.
5. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda).
6. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
7. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
8. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat.
9. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
10. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.
UIA Gombak....
Award lagi...
Tuesday, February 24, 2009
Agar-Agar Bandung
Bahan2:
1/2 tahil agar-agar strip
4 sudu besar gula
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar pes sirap
3 cawan air
Cara:
1. Rendam agar-agar dlm air. Biar agak kembang.
2. Masukkan dalam periuk bersama air. Masak hingga larut.
3. Bila dah larut masukkan susu cair dan sirap. Kacau.
4. Masukkan gula. Rasakan kemanisan. Siap.
5. Masukkan dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.
6. Bolehla dimakan bersama laici atau buah-buahan lain.
Sup Ayam Cendawan
Bahan2:
4-5 ketul ayam (dibersihkan dan dipotong kecil)
5 ketul cendawan cina kering (dibelah 4, dibersihkan n rendam hingga kembang)
1 batang carrot (dibersihkan dan dipotong)
2 biji tomato (belah 4)
*3 biji bawang merah (bertanda * ditumbuk)
*2 biji bawang putih
*1 sk lada putih
1 kiub ayam
sedikit garam
minyak untuk menumis
daun sup untuk hiasan
air untuk kuah
Cara2:
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan air untuk kuah.
2. Masukkan carrot, kiub ayam, dan cendawan cina. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan ayam dan garam. Rasekan. Tutup api.
4. Masukkan daun sup dan tomato. Siap untuk dihidang.
Kebosanan..
Thursday, February 19, 2009
Ikan Patin Goreng n Kailan Belacan...
BAHAN2:-
Seikat sayur kailan (siap disiang dan dibersihkan)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci belacan (ditumbuk)
minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit air
CARA2:-
1. Tumis bahan tumbuk. Tambahkan garam dan air.
2. Masukkan sayur. Gaul hingga sayur masak.Siap.
Asam Pedas Ayam....
BAHAN-BAHANNYA :-
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan masak sekejap.
Kalau suka boleh juga letak terung, bendi atau sawi jeruk...
Wednesday, February 18, 2009
Hari Pertunangan...3 tahun sudahh...
Tempat : Air Hitam, Muar, Johor
Masa : 2 petang
Monday, February 16, 2009
UPM Serdang....??!!
Ini tayar motor...okeh sape xkenal tayar mehh sini anis ajar.....hehe...ini tayar spare okeh....khas utk jika jln basah...senang kate kalo ujan misti ade tayar khas....ingat kita je ke kalo ujan pakai payung...baju ujan gale...moto pon same.....utk ape?...ia adalah utk cengkaman tayar.....ok klas paham sume......
Ini adalah gadis litar yg dimport khas dr .....uwekkk...siler muntah disini.....perasan plak minah ni.....hehe...panas ni...nk tggu game start giler lambat...berjanggut tunggu haaa.....kuyup tiak anis haa....
Ini pakcik yg nk cari gadoh.....ape pandang2....ade utang ke?....ade gaye ahlong x?saye bukan along saya cuma nak tolong.......hehe...tgk siap bawak towel lg....utk lap peloh yg meleleh...panas ni....
Ni gambar sebelum race bermule....tgkla line putih tu ngan muker diorang ni....xdekat ke?...kalo kene libas dek moto...xke berbekas bunga tayar k muke diorang?....hmmm degilll.......org dh ckp belakang lg.....xmakn saman pon diorg ni......naseb korangla.....
Ni gambar mase moto dh nk berlepas......nmpk x k ujung tu asap moto dh tutup udara k sane.....nasib la korang sedut asap la.....
Ini adalah beruk2 Pok Ye yg rabun....sbb ape die rabun?...sbb die xnmpk.....sbb tula die panjat pokok bg lg nmpk line clear....hehehe....ye la org kan ramai...dpd berebut2 ngan org k bawah.....takut kene libas ngan moto...baik die nek atas pokok....kalo accident pon xkene...wakaka....
Ini adalah muker hangin sbb panas, hangit, hangat, nk meletup pon ade.......boring pon ade gak...sbb ni bkn kegemaran kt.....dh la dr pg tadi dtg, ptg kul 3 br stat.......hmmm....nasebla peah...
Valentine's Day...!!!??? 14 Feb...??!!
Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
i) Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
ii) Versi kedua.
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.