Ye puan2, ari ni kita makan nasi lemak ye.....marilah kita bersame2 menambahkan lemak2 yg dh sedia ada ni....
Ini adalah masakan anis ari sabtu lepas.....buat nasi lemak tuk lunch n dinner skali...haa kan senang wat keje 1 pakej skali...
Anis gune pe yg ade k rmh jela....utk lebih sedap lagi....leh tambah kacang tanah dan ikan bilis yg sudah digoreng.....anis xde sbb stok dh abis....
Bahan dan cara2:-
Nasi Lemak:
Bahan2:
2 1/2 cup beras (basuh bersih dan toskan)
2 inci halia (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar halba
1 cawan santan
sedikit garam
Cara:
1. Masukkan bahan2 kedalam periuk dan tanak hingga masak.
2. Setelah masak, gaulkan supaya sebati..
Sambal Tumis Ikan Bilis:
Bahan2:
5 sb cili kering (dikisar)
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 cawan air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
ikan bilis (sesedap rasa)
sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
1. Panaskan minyak. Tumis cili kering hingga terbit minyak.
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula. Biarkan sebati.
3. Masukkan bawang dan ikan bilis. Rasekan. Sedia untuk dihidang.
Ayam goreng:
Untuk resepi klik sini
Telur dadar:
Bahan2:
2 butir telur ayam
sedikit garam
daun sup (racik halus)
bawang merah (hiris halus)
cili merah (hiris halus)
Cara:
1. Campurkan semua bahan dan goreng. Siap.
*Jangan lupa tambah dengan hirisan timun.
2 comments:
sedapnye..nyum.nyum..nyummm
sila2...jamah2...
Post a Comment